Apakah Label Putih Amana Capital?

Kejujuran, ketelusan, profesionalisme dan perkongsian sebenar adalah nilai yang Amana Captal sasarkan untuk membina hubungan dengan rakan niaga "Label Putih"nya. "White Label" Amana Capital membolehkan anda untuk mengembangkan dan memperluaskan perniagaan anda dengan menyediakan satu set penyelesaian yang menyeluruh. Melalui program "Label putih" Amana Capital, anda akan mendapat manfaat daripada platform/perisian dagangan syarikat yang dijenamakan dengan nama dan logo syarikat anda. Platform berjenama termasuk semua ciri-ciri lanjutan, instrumen-instrumen kewangan, sebutan harga secara langsung dan syarat urus niaga boleh disesuaikan yang anda perlukan untuk beroperasi sepenuhnya. Dalam erti kata lain, anda akan mendapat semua alat-alat dan sumber yang diperlukan untuk mengurus dan mengawal akaun pelanggan anda dengan sepenuhnya.

Trading Orders Execution

"Label Putih" Amana Capital ditawarkan dalam dua jenis:

Label Putih Sepenuhnya

Perkhidmatan ini direka untuk firma atau syarikat yang diberi kuasa undang-undang oleh badan kawal selia negara mereka untuk memegang dana pelanggan dan memilih untuk mengendalikan semua urusan akaun klien mereka. Rakan niaga akan menerima penyelesaian/platform dagangan Amana Capital dijenamakan sepenuhnya menggunakan nama dan logo rakan niaga. Pelanggan akan berurusan langsung dengan rakan niaga sebagai sebuah firma broker bebas.

Label Putih Sebahagian

Perkhidmatan ini direka untuk firma atau syarikat yang ingin mempunyai penyelesaian/platform dagangan berjenama bersama tetapi tidak boleh dari segi undang-undang untuk memegang dana pelanggan. Institusi yang boleh dari segi undang-undang untuk memegang dana pelanggan tetapi memilih untuk tidak mengendalikan tugas pentadbiran harian akaun pelanggan juga boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini. Rakan niaga akan menerima penyelesaian dagangan berjenama bersama Amana Capital dengan nama dan logo rakan niaga, walau bagaimanapun, semua operasi dagangan dan proses pembukaan akaun pelanggan akan diuruskan melalui Amana Capital.

Siapa Yang Boleh Mendapat Manfaat dari Program "Label Putih" Amana Capital?

Jika anda sebuah bank, institusi kewangan, broker atau penyedia perkhidmatan kewangan, anda pasti boleh mendapat manfaat daripada program “Label Putih” Amana Capital. Anda akan bebas daripada kesukaran dan dapat jimatkan kos yang tinggi untuk membangunkan produk baru dan hanya perlu menumpukan perhatian untuk menarik pelanggan baru. Amana Capital bekerjasama rapat dengan anda untuk menyokong model perniagaan anda di bawah jenama anda sendiri, sekali gus memberikan anda keupayaan untuk mengawal dan menguruskan pelanggan anda dalam sistem dagangan anda yang tersendiri dan selamat.

Menjadi rakan niaga dengan Amana Capital dan mendapat manfaat daripada Perkhidmatan Cemerlang

1. Maklumat Am
2. Maklumat Alamat
3. Maklumat Individu Berkuasa
 

Mula Berdagang Forex dengan Amana Capital

Membuka akaun dengan Amana Capital adalah ringkas dan mudah Sama ada anda seorang pemula atau pelabur profesional, kami mempunyai penyelesaian yang tepat untuk anda. Buka akaun demo anda dan pelajari asas-asas dagangan, atau buka akaun dagangan sebenar anda untuk memulakan dagangan di pasaran kewangan yang sebenar.

AMARAN RISIKO: Forex dan CFD membawa tahap risiko yang tinggi. Kerugian untuk pelanggan bukan runcit mungkin melebihi deposit. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat. Sila baca Pernyataan Pendedahan Risiko untuk maklumat lanjut.